7 Fakta Tentang “VAPE" yang kita tidak tahu.

1.Vaper pertama dicipta pada tahun 1960-an:
Pada tahun 1963, Herbert A. Gilbert menghasilkan sebuah alat yang mampu memanaskan cecair nikotin dan menghasilkan wap.Beliau kemudian didatangi oleh berberapa ahli perniagaan yang berminat untuk mengilangkan produk tersebut,tetapi tidak berjaya;dan kemudian rokok elektronik pertama ini hilang dari catatan sejarah pada tahun 1967.

2. Wap vapor tidak merbahayakan orang sekeliling:
Kajian terbaru daripada saintis Perancis menunjukkan bahawa wap yang terhasil daripada Vape mampu lesap dalam masa 11 saat,ini menunjukkan bahawa pendedahan wap “second-hand” Vape tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling.

3.Kadar purata pembelanjaan Vape lebih murah daripada rokok:
Kadar perbelanjaan purata tahunan untuk perkokok yang membeli sekotak-rokok-sehari dianggarkan RM4745 (RM13/sekotak x 365 hari setahun = RM4745 setahun), manakala anggaran perbelanjaan untuk starter kit dan flavor Vape untuk setahun dianggarkan RM2200 (Rm40/30ml flavor x 4 botol sebulan x 12 bulan + RM300 starter kit = RM2200++ setahun).

Kadar perbelanjaan Vape mungkin akan meningkat jika pengguna berbelanja lebih untuk manambah atau mengubah-suai aksesori Vape.

4. Penggunaan nikotin di dalam rokok adalah 10 kali lebih tinggi berbanding Vape:
“Kajian terbaru yang diterbitkan di dalam Oxford Journals ‘Nicotine and Tobacco Research Journal’ menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua jenis rokok dan Vape ini mengandungi nikotin,penggunaan nikotin didalam rokok adalah 10 kali lebih tiggi berbanding Vape.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa Vape tidak mengandungi toksin yang banyak terkandung didalam rokok,” oleh Clarence Wurley.

5. Bahan kandungan perisa Vape tidak misteri:
Bahan kandungan yang terdapat didalam perisa Vape diterangkan dan dibincangkan secara terbuka.

Info dan penerangan bahan-bahan yg digunakan boleh didapati secara online yang dikongsi oleh penjual dan pengilang Vape.kebanyakan produk e-liquids mengandungi empat jenis bahan iaitu -Air,nikotin(3,6,9,12 mg), perisa makanan dan campuran VG(vegetable glycerin)/PG(propylene glycol).

Manakala rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia termasuk Tar yang menyebabkan kanser.

6. Vape telah menjalani pelbagai jenis kajian:
Sesetengah orang mengatakan “kita belum cukup data mengenai vape lagi.”salah sama sekali.Vape telah menjalani kajian secara meluas oleh saintis,pakar universiti dan kumpulan pengguna sejak berberapa tahun lalu dan terdapat banyak info mengenai Vape boleh didapati pada hari ini.

7. Ye betul,syarikat-syarikat tembakau sangat takut dengan kemunculan trend ‪#‎VapeOn‬:

Dengan fakta dan kelebihan Vape diatas,kemunculan trend Vape ini sangat membimbangkan syarikat-syarikat tembakau yang telah lama menapak didalam industri rokok tempatan.

Mereka akan berusaha untuk mengharamkan penggunaan Vape.Kebanyakan pengguna rokok telah bertukar kepada Vape dan menyebabkan penjualan rokok jatuh sangat teruk  .

Share:

1 comments