Analisa Dua Pengarah SPRM Di Tukar Serta Merta - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Analisa Dua Pengarah SPRM Di Tukar Serta Merta

Dua Pengarah SPRM Di Tukar Serta Merta


Bila membaca statement dua pegawai SPRM di tukar serta merta ke Jabatan Perdana Menteri, apakah pandangan pertama anda semua?

Tentu perkara utama yang anda katakan ialah ianya untuk menutup perkara sebenar. Mesti isu ini berkait dengan  kes 1MDB.

Tapi bagi aku ialah pembersihan unsur-unsur negatif  di SPRM. Pertama sebagai pengarah adakah beliau boleh membuat statement untuk menyiasat dalang dalam penahanan pegawai-pegawainya. Seolah-olah pihak polis di bonekakan oleh satu kuasa luar dalam menangkap pegawai SPRM.

Beliau memanaskan keadaan yang sudah panas. Adakah ini cara seorang pengarah?
Banyak cara lain beliau boleh gunakan jika benar statement yang beliau katakan.

Seorang lagi pula, terus-terang menyokong pembangkang. Memanglah kau kena tukar punya!!! Anda bekerja sebagai pengarah di sebuah Suruhanjaya yang berkecuali tidak patut mempunyai double standard dalam isu  ini.

Mereka semua adalah virus dan tindakan menukar mereka adalah tepat tetapi tidak popular.

Aku tahu ramai yang tidak setuju dengan pendapat aku, tetapi fikirlah sendiri. Jika anda seorang ketua dan anda tahu dalam organisasi anda terdapat musuh dalam selimut yang terang-terang menentang anda. Mahukah anda simpan?

Biarlah tindakan itu tidak popular tapi demi menjaga keamanan dalam jangka panjang ia harus dilakukan.

Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.

Sumber dalaman berkata, kedua-dua pengarah itu diarah melaporkan diri Isnin ini.

“Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu pada hari ini” katanya.

Bahri dilihat keluar dari pejabatnya buat kali terakhir pada 6.30 petang sambil melambaikan tangannya kepada media.

Rohaizat ketika ditemui aras bawah Ibu Pejabat SPRM memohon maaf kepada media dan enggan mengeluarkan sebarang komen.

“Minta maaf, saya tiada komen. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini Bahri dalam satu kenyataan menegaskan akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan melibatkan SRC International Sdn. Bhd.

Katanya, pihaknya tidak ada masa berpolitik tetapi akan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan dan diharapkan oleh rakyat.

Manakala Rohaizad pula  menyambut baik sokongan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai ke Ibu Pejabat SPRM bagi menyatakan sokongan kepada kakitangan agensi penguatkuasaan berkenaan.

No comments: