Datuk Bandar Paksa Pelajar Makan Daging Babi

Datuk Bandar Paksa Pelajar Makan Daging Babi

Sebuah mahkamah di Perancis akan memutuskan pada minggu ini berhubung keputusan seorang datuk bandar berhaluan kanan yang mahu pelajar Islam dan Yahudi diberi makan daging babi di sekolah, kata peguamnya.

Datuk Bandar Gilles Platret mengumumkan pada Mac lalu bahawa pelajar di bandarnya, Chalon-sur-Saone, dekat Dijon, timur Perancis sebelum ini boleh memilih hidangan bebas babi semasa makan tengah hari namun mereka tidak lagi diberi pilihan mulai musim persekolahan baharu pada September depan.

Keputusan itu mencetuskan kontroversi di seluruh negara termasuk dalam kalangan anggota partinya, Parti Republikan pimpinan bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Menteri Pendidikan Najat Vallaud-Belkacem menuduh Platret menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa permainan politiknya.

Satu aduan di mahkamah berhubung isu tersebut telah difailkan oleh sebuah pertubuhan Islam tempatan, Liga Pelindungan Kehakiman Islam.

“Kanak-kanak Islam akan mengalami trauma jika da­ging babi dihidangkan dan mereka perlu memakannya selepas diberitahu sejak dari kecil lagi bahawa babi haram dimakan,” kata peguam pertubuhan itu, Karim Achoui.

Perancis mempunyai po­pulasi penduduk Islam terbesar di Eropah.

Share:

0 comments