Datuk Mohd Kazim Elias Mengecam Datuk Seri Azalina Othman Said

Datuk Mohd Kazim Elias Mengecam Datuk Seri Azalina Othman Said

Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengecam kenyataan yang dikaitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung isu pegang-pegang dan seksi dalam drama serta filem.

Teguran itu dibuat di status laman Facebooknya.
“Astaghfirullah.. sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah Allah wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawa-bawa lah insaf, hidup di dunia tak lama, kuasa menteri pun apa sangat,”

Mengulas lanjut mengenainya, Mohd Kazim mengingatkan jika tidak mampu menjadi baik, jangan pula menghalang orang lain yang ingin menjadi baik.
Katanya,beliau mengambil keputusan untuk mengeluarkan kenyataan itu atas prinsip haram adalah haram walaupun dalam lakonan.

“Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pula berfikiran terbuka jangan disempitkan. katanya.

Tiga hari selepas dilantik semula ke kabinet, Azalina dalam kenyataannya menegur Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Bagi Azalina isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

Datuk Mohd Kazim Elias Mengecam Datuk Seri Azalina Othman Said


Statement Azalina Tegur Lembaga Penapisan Filem 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Azalina yang sebelum ini Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.

"Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya kepada mStar Online.

Azalina ditemui pada majlis ramah mesranya bersama wartawan hiburan di restoran Rebung, Bangsar di sini pada Khamis.

Tags:

Share:

0 comments