Kanak-Kanak Tapak Tangan Terbesar Di Dunia

Kanak-Kanak Tapak Tangan Terbesar Di Dunia

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini yang memiliki tapak tangan terbesar di dunia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengurangkan saiz tapak tangannya.

Kanak-kanak itu, Mohammad Kaleem tinggal bersama ibu bapanya di sebuah kampung kecil di Jharkhand, timur India. Dia dilahirkan dengan tapak tangan gergasi kerana menghidap penyakit ganjil dikenali sebagai makrodaktili.

Kecacatan tangan itu menyebabkan dia sering dibuli oleh rakan-rakan sekolah, manakala penduduk di perkampungan terpencil itu turut menyifatkan kecacatan tersebut disebabkan sumpahan dan menggelarnya sebagai jelmaan kanak-kanak syaitan.

“Lebih malang lagi, guru-guru tidak membenarkan Kaleem belajar di sekolah itu kerana khuatir tangan besarnya akan menakutkan kanak-kanak lain. Keadaan itu menyebabkan dia enggan ke sekolah, “ kata bapa Kaleem, Mohammad Shamim.

Menurut Mohammad, tapak tangan anaknya itu dilihat semakin hari semakin besar menyebabkan dia sukar memakai baju, makan dan mandi.

Shamim yang bekerja sendiri tidak mampu membiayai rawatan anaknya kerana hasil pendapatannya hanya sebanyak £15 (RM92)sebulan.

Bagaimanapun, kisah Kaleem yang menjadi tajuk utama di beberapa akhbar antarabangsa menyebabkan kanak-kanak itu akhirnya dibantu oleh sekumpulan pakar bedah dari Hospital Ganga, Combiatore, India.

“Kami akan berusaha mengecilkan saiz tapak tangan dan jari tanpa merosakkan saraf tangannya,” kata seorang pakar bedah, Dr. Raja Sabapathy.

Kanak-Kanak Tapak Tangan Terbesar Di Dunia

Tags:

Share:

0 comments