Lelaki Belah Gunung Selama 22 Tahun - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Lelaki Belah Gunung Selama 22 Tahun

Lelaki Belah Gunung Selama 22 Tahun

Industri perfileman Bollywood mengadaptasi kisah seorang lelaki yang tidak berputus asa memahat lereng sebuah gunung selama 22 tahun untuk dijadikan jalan selepas kematian isterinya.

Lelaki itu, Dashrath Manjhi berbuat demikian selepas kehilangan isterinya, Falguni pada tahun 1959 kerana gagal mendapatkan bantuan perubatan berikutan jarak hospital yang jauh.

Perjalanan ke bandar berdekatan dari rumahnya adalah sejauh 54.7 kilometer (km).

Disebabkan itu, dia mahu memendekkan jarak laluan tersebut kepada 15km sahaja dengan meratakan lereng gunung berkenaan agar penduduk kampung lain tidak menerima nasib yang sama sepertinya.

Lelaki Belah Gunung Selama 22 Tahun
“Kisah Dashrath sangat indah dan menyentuh hati.

“Dia menjadikan tiada yang mustahil untuk dilakukan dan segala usahanya telah membantu ribuan orang,” kata aktor, Nawazuddin Siqqiduim yang membawakan watak Dashrath.

Dashrath dikatakan bekerja sendirian dari pagi hingga ke malam meratakan kawasan lereng gunung dengan hanya menggunakan tukul dan pahat selama 22 tahun sehingga berjaya menamatkan kerjanya itu pada 1982.

Dia meninggal dunia pada 2007 kerana kanser dan diberi penghormatan oleh kerajaan dengan istiadat pengkebumian negeri di Bihar.

Lelaki Belah Gunung Selama 22 Tahun

No comments: