Lelaki Menjadi Kambing Tiga Hari

Lelaki Menjadi Kambing Tiga Hari
Seorang lelaki di Britain sanggup menggunakan kaki palsu untuk bergerak seperti seekor kambing kerana mahu menyelami kehidupan haiwan berkaki empat itu.

Thomas Thwaites menjadi seperti seekor kambing selama tiga hari di kawasan pergunungan Alps di Switzerland baru -baru ini.

Thwaites sanggup berbuat demikian kerana dia menjalankan penyelidikan mengenai corak kehidupan haiwan berkenaan.

Lebih menarik, Thwaites turut memasang perut palsu supaya dia boleh meragut rumput seperti kambing sebenar.

“Saya berasa bimbang kerana kawasan itu bergunung-ganang, namun saya berjaya menjadi seekor kambing dan berpeluang menyaksikan kehidupan haiwan berkenaan,” katanya.

Menurut Thwaites, dia menyelami proses migrasi haiwan itu ke sebuah lereng di pergunungan Alps dalam perjalanan sejauh 1 kilometer dan mengambil masa sejam.

Lelaki Menjadi Kambing Tiga Hari

Lelaki Menjadi Kambing Tiga Hari

Share:

0 comments