Low Yat Diserbu KPDNKK

Low Yat Diserbu KPDNKK

Inilah cara yang betul menggunakan saluran yang betul dan membuat aduan terhadap peniaga yang menipu pelangggan mereka. Dan pihak pemguasa terbabit haruslah membuat tindakan pantas sebab dah dapat aduan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM150,990 dalam pemeriksaan mengejut yang diadakan di Plaza Low Yat pada pukul 2.30 petang 31/7/2015.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sebanyak 120 premis perniagaan diperiksa dalam operasi bersepadu itu yang dijalankan bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kewujudan aktiviti penjualan barang tiruan di situ.

Menurut beliau, kakitangan Jabatan Imigresen turut menahan tiga warga asing yang berasal dari Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan salah guna pas lawatan.

“KPDNKK terlebih dahulu melakukan risikan di situ selepas menerima banyak aduan daripada orang awam sebelum melancarkan operasi bersepadu bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan.

“Semua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi syarikat yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Menurut beliau, operasi berkenaan disertai sebanyak 110 anggota penguat kuasa termasuk wakil pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan sebarang cubaan penipuan oleh mana-mana peniaga.

Tambahnya, operasi seperti itu akan terus diadakan di seluruh negara terutama di tempat-tempat tumpuan dan terdapat banyak aduan bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu selain mendidik penjual supaya mematuhi undang-undang.

“Orang ramai dialu-alukan menghubungi talian 1300886800 untuk menyampaikan aduan atau melalui laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau datang sendiri ke pejabat kami,” katanya.

Low Yat Diserbu KPDNKK

Share:

0 comments