Header Ads

Nepal Hentikan Penyembelihan Haiwan Beramai-Ramai

Nepal Hentikan Penyembelihan Haiwan Beramai-Ramai

Para pemimpin agama Nepal akhirnya meminta tradisi penyembelihan beribu-ribu ekor haiwan untuk memuaskan dewi sejak beratus-ratus tahun dahulu dihentikan.

Lebih 500,000 ekor kerbau, kambing, ayam dan haiwan lain dibunuh di festival Gadhimai pada 2009 dan 250,000 lagi dalam 2014.

Festival korban haiwan terbesar di dunia itu diharamkan pada masa hadapan dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa berjuta-juta binatang.

“Masanya sudah tiba untuk menggantikan pembunuhan dan keganasan ini dengan ke­raian dan upacara yang aman,” kata pengerusi Yayasan Kuil Gadhimai.

Sekitar 5 juta orang dengan 80 peratus merupakan warga India akan melakukan perjalanan untuk menyaksikan haiwan-haiwan itu disembelih dalam festival selama dua hari itu.

Festival berkenaan disambut setiap lima tahun di selatan Nepal sejak 265 tahun lalu.

TETAPI ada pendapat mengatakan bahawa kejadian gempa bumi di Nepal tempoh hari adalah salah satu pembunuhan haiwan secara kejam semasa upacara ini.

Tetapi kita tidak mempunyai hak untuk membuat justifikasi sebegini, semua yang berlaku adalah kehendak Allah dan Ia lagi Maha Mengetahui.



Nepal Hentikan Penyembelihan Haiwan Beramai-Ramai

Nepal Hentikan Penyembelihan Haiwan Beramai-Ramai

No comments