Operasi Majalah APO Dan Ujang Ditutup - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Operasi Majalah APO Dan Ujang Ditutup

Operasi Majalah APO Dan Ujang Ditutup

Baru bulan lepas aku beli Majalah Ujang Bumper Hari Raya dan tup-tup tadi tahu 6.08.2015, operasi majalah ini telah ditup serta merta

Semalam dengan rasminya syarikat penerbitan MOY Publications telah ditutup dan sekaligus majalan Ujang dan APO tidak akan ada lagi dipasaran.

Berita itu diumumkan sediri oleh para pelukis Kartunis Ubi dan Kartunis Lengkuas melalui laman sosial milik mereka.

Rata-rata pengguna Facebook merasa sedih kerana tidak lagi dapat membaca majalah kesukaan ramai sejak tahun 90an itu. Namun, ada yang menyatakan ini merupakan suatu khifarah terhadap MOY atas apa yang telah dilakukannya terhadap Ujang beberapa tahun lalu. Pastu ramai yang mengetahui kisah sebenarnya kan?
"Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.

Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu.

Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela." - Kartunis Ubi.

Bagaimanapun, punca sebenar penutupan syarikat itu tidak dinyatakan.

Operasi Majalah APO Dan Ujang Ditutup

Operasi Majalah APO Dan Ujang Ditutup

No comments: