Header Ads

Pengimpal Wanita Berniqab

Pengimpal Wanita Berniqab


MENGGUNAKAN nama Saya Tyra di laman sosial Facebook, seorang gadis yang memakai niqab walaupun berkerja sebagai pengimpal di sebuah syarikat terkemuka menarik perhatian netizen.

Di laman Facebooknya, gadis itu dilihat mengenakan berseluar jeans dan seragam kerjanya serta berniqab.

"Walaupun saya seorang pengimpal dan bekerja di Sapura Kencana. Jangan pelik dengan pemakaian saya.

"Berseluar besar. Berniqab dan berbaju besar. Tak ada nampak bentuk badan. Dari belakang orang fikirkan lelaki. Bila dengar suara orang baru tahu saya perempuan," tulis gadis itu dilaman Facebook miliknya.

Tambahnya lagi, aurat wanita wajib dijaga tidak kira apa pekerjaan kita.

Rata-rata netizen kagum dengan penampilan dan prinsip yang dipegang gadis yang berasal dari Perak ini.

"Tahniah! mudah-mudahan  adik istiqamah dalam menjaga aurat dan berniqab," tulis Hanan Hamzah

Manakala Nur Azmina mengucapkan tahniah dan diharap perilaku gadis ini harus dijadikan contoh kepada wanita lain terutamnya yang bekerja dalam bidang teknikal

No comments