RM2.6 Billion Sebagai Derma? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

RM2.6 Billion Sebagai Derma?

Sepertimana yang diluahkan oleh Tan Sri Sanusi dalam artikel sebelum ini ( KLiK ), Tun Mahathir melalui artikel terbarunya The 2.6 Billion Donation ? , turut sama menimbulkan persoalan BENARKAH DANA ITU DERMA ?

Pemimpin2 Umno duk mencanangkan ke seluruh negara ( well, actually audien mereka adalah ahli2 Umno cuma kenyataan2 mereka diambil oleh media maka seluruh rakyat pun turut mengikuti perkara ini ) perihal Derma RM2.6 billion ini tapi adakah mereka berhenti sejenak untuk menilai apakah cerita mereka itu diterima oleh rakyat atau tidak ?

Pemimpin2 Umno boleh beri apajua alasan kepada Derma itu, Zahid juga boleh cakap apasaja bagi menunjukkan kesetiaannya kepada Najib TAPI sejauhmana rakyat mahu menerima alasan2 itu ?

Rakyat Umno sendiri .... saya percaya tidak semua yang boleh terima alasan2 dangkal sebegitu ! 

RM2.6 Billion sebagai derma ? ? ?

2. No one believes or can believe such a huge sum of money can be donated by anyone to Dato’ Sri Najib or to anyone for whatever reason.

Tidak ada siapa percaya atau boleh percaya derma sebesar itu diberikan oleh seseorang kepada Najib atau kepada sesiapapun untuk apajua alasan.

Setakat Zahid menyatakan pernah berjumpa dengan pak Arab ( atau wakilnya ) yang didakwa sebagai penderma itu dan mendakwa ada melihat dokumen transaksi berkenaan, belum cukup untuk menyakinkan rakyat !

6. The new DPM says he has seen the Arab who gave the money. Then let him give proof that this Arab has huge sums of money to give away to Malaysia and many other countries. Which countries. What is the source of this money. What business does he do? What is the name of the bank he uses. Show his account in the bank, the cheques he issued, particularly the 700 million USD. The recipient bank should be holding these cheques.

7. All these information could have been verified by the task force of four. But Najib dismantled the task force by sacking the A.G., sending the head of MACC on leave, and accusing Bank Negara of leaking Government secrets.

Buktikan yang pak Arab itu terlampau kaya sehingga boleh menderma berbillion2 RM bukan saja kepada Najib tapi juga kepada negara2 lain ? Apakah sumber dana itu ? Apa bisness dia ? Bank mana dia pakai ? bla bla bla .... Semua itu boleh disahkan oleh Pasukan Petugas Khas malangnya pasukan itu pula telah dibubarkan oleh Najib .... kenapa dibubarkan ?

Tindakan2 yang meragukan beserta penjelasan yang tergantung .....semuanya bukan hanya menimbulkan persoalan malah menambahkan lagi persoalan di minda rakyat !

Dahlah alasan bodoh, penjelasan pun bodoh, bertindak pun bodoh ..... halo! Rakyat tak sebodoh itulah !

Apa dah jadi kepada BAKI Derma itu ? Kenapa tidak ada sesiapa mahu berikan penjelasan bab baki itu ? Kenapa di bawa keluar pula ? Kan alasannya untuk memerangi pengaruh Yahudi melalui Dap di Malaysia ..... kenapa dibawa keluar ke Singapura pula ?

Kenapa akaun di Singapura itu dibekukan ?

Kenapa tidak ada penjelasan ? Kenapa ahli2 Umno tidak bertanya hal ini kepada pemimpin2 yang beri penjelasan Derma itu ?

Atau mereka hanya tahu beri alasan Derma saja, selebihnya mereka pun blur ? Dan mereka harap rakyat pun jangan tanya banyak2 dan ikut sama ke-Blur-an yang mereka miliki ?

14. Stop thinking that Malaysians are stupid.

PS - Adakah ahli2 Umno sebodoh itu mahu percaya.

No comments: