Header Ads

Tindakan Najib Bubar Kabinet Keputusan Terbaik

Tindakan Najib Bubar Kabinet Keputusan Terbaik
Tindakan Datuk Seri Najib  membubarkan kabinet amat memeranjatkan walau pun memang dijangkakan. Impak yang memeranjatkan ialah apabila pemecatan timbalannya iaitu Muhyiddin serta beberapa menteri serta peguam negara.

Ramai yag mengutuk Najib atas tindakan beliau yang seolah-olah cuba menutup kes 1MDB yang merupakan isu bebanan tertinggi Najib hingga terdapat ura-ura ingin menurunkan beliau secara paksa sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi pernahkah sesekali kita cuba berfikir diluar kotak kenapa perkara ini dilakukan oleh Najib. Sebenarnya inilah yang aku tunggu dalam perkembangan politik Malaysia semenjak zaman Badawi.

Pendapat aku demokrasi di Malaysia tidak harus terlalu demokrasi seperti di negara maju. Negara kita belum tiba masanya untuk demokrasi sedemikian apatah di negara yang mempunyai pelbagai bangsa. Demokrasi yang aku suka sebutkan ialah demokrasi autokratik.

Bukannya sebuah kepimpinan kuasa mutlak tetapi autokratik itu di selia oleh demokrasi itu sendiri. Jika tidak, inilah yang berlaku di negara Malaysia ini apabila pemimpin kita terlalu demokrasi dan toleransi hingga semua pihak mempermainkan kepimpinan negara ini.

MCA, GERAKAN dan MIC hancur terus dalam senario politik Malaysia. Yang ada UMNO yang kini semakin hancur... Pendek kata BN semakin menuju kehancuran dan pilihanraya yang akan datang pasti kita kalah.

Sebab pemimpin utama kita lembik dan takut membuat keputusan sehingga satu tahap isu agama dan perkauman semakin merebak di negara ini.

Sebab itu kita memerlukan pemimpin yang tegas dan mempunyai kuasa dalam meneruskan perjuangan politik Malaysia. Kita sebenarnya terlalu lama mempunyai pemimpin lembik selepas Mahathir.

Dan kini Najib telah menunjukkan belangnya dengan membuang wabak dalam kerajaan dan secara tak langsung kuasa tindakannya menyebabkan semua pihak politik terkunci mulut buat seketika.

Ya, aku akui memang bahaya tindakan beliau ini tetapi sudah tentu ada strategi yag disediakan oleh beliau. Najib bukan sehari  dalam dunia survival politik ini.

Tindakan beliau secara tak langsung telah membuka mata semua pihak, "jangan main-main dengan Najib"!!!

Dan aku yakin beliau akan memberi nafas baru kepada MCA dan MIC... Datuk Seri Najib Tun Razak saya  menjangkakan beliau akan membuat  percaturan politik untuk memastikan survival BN.

Biarlah beliau selesaikan masalah 1MDB ini dahulu, dan berilah beliau peluang. Survival politik Melayu lagi penting.


No comments