Waris Tamat Zaman Bujang

Waris Tamat Zaman Bujang
NYANYI Hip Hop yang terkenal dengan lagu-lagu berdialek Negeri Sembilan, Waris  atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, 26 sah bergelar suami kepada gadis pilihan hati,  Izzati Amirah Kamaruddin, 26, Sabtu lalu.

"Saya mengenali dia sejak 12 tahun yang lalu. Kami sebenarnya kawan baik ketika menuntut di sekolah berasrama penuh," katanya.

"Saya memang sudah mengenali ibu bapa dan keluarganya, jadi memang ketika melamarnya empat bulan lalu, dia meminta saya bertemu dengan kedua ibu bapanya untuk memaklumkan mengenai perancangan ini," tambah Waris lagi.

Pasangan pengantin baru itu dinikahkan di Surau Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Seri Kembangan, oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Kamaruddin Md Sidek.

Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Waris menyerahkan wang mas kahwin bernilai RM300 dan hantaran bernilai RM15,000.

Share:

0 comments