Bata Buat Kasut Kulit Babi?

Bata Buat Kasut Kulit Babi?
BATA Malaysia hari ini memberitahu bawah 'lining' yang digunakan dalam sepasang kasut yang didakwa pengguna menggunakan kulit babi adalah tidak benar.

"Kami sentiasa sedar tentang sensitivi umat Islam di Malaysia dan sentiasa berhati-hati untuk memastikan semua produk kami tidak menggunakan apa-apa bahan kulit babi," kata Bata dalam sebuah perkongsian di Facebook, hari ini.

Katanya, bahan 'lining' yang digunakan untuk kasut yang didakwa menggunakan kulit babi sebenarnya menggunakan PU (polyurethane).

"Ia bukan bahan dari mana-mana haiwan termasuk babi," jelas perkongsian tersebut.

Selain itu, Bata juga tidak menyokong mana-mana kenyataan yang dibuat oleh mana-mana individu di media sosial atau sebaliknya.

"Bata akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang membuat kenyataan palsu mengenai produk kami dan menggunakan bahasa yang tidak sesuai. Terima kasih," akhiri Bata.

Minggu lepas, seorang pelayar laman sosial memuatnaik sebuah gambar yang menunjukkan sebuah produk Bata dan mendakwa kulit babi digunakan untuk produk tersebut.

"Bila diteliti, kulit (insole) dalam tu ada tiga bintik. Kulit babi," kata Noor.

Perkongsian Noor mendapat perhatian hampir 14,000 pelayar.

Share:

0 comments