Blog Tanpa Iklan, Trafik Mencanak Naik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Blog Tanpa Iklan, Trafik Mencanak Naik

Blog Tanpa Iklan, Trafik Mencanak Naik



Penangan blog tanpa iklan memang terbaik...hehehehhee. Tanpa iklan, trafik blog aku ini sentiasa dalam 2000- 5000 sehari. Dah lama tak merasa tarfik konsisten sebegini.

Semenjak aku buang iklan pop up dan iklan gerak-gerak ini, telah membuat pembaca lebih selesa dengan kedaan blog aku ini. Sememangnya iklan pop up memberi pendapatan yang agak baik kerana pengguna mahu tak mahu kadangkala terklik iklan pop up.

Tetapi semua sedia maklum ia akan mengganggu pembaca yang datang ke blog anda. Tetapi apa gunanya membuat blog jika kita tak dapat menjana pendapatan.

Ya, seorang blogger membuat sesuatu artikel itu datang dari minat. Tanpa minat blog anda tak akan bertahan lama di dunia laman sesawang ini. Pada masa yang sama mencari sumber rezeki perlu juga diambil kira. Dan aku rasa misi terakhir sebagai blogger ialah menjana pendapatan dan menjadi blogger terbaik!!!

Namun pelajaran yang aku belajar ialah kita boleh meletak iklan tetapi iklan yang statik di laman anda sahaja. Janganlah letak pop up ini.

Kedua pilihlah pengiklan yang tak meletak Malware di iklan mereka hingga blog anda di senarai hitam dan berbahaya. Dan aku pernah mengalami situasi sebegini sehingga sehari trafik aku hanya 200-300 sehari sahaja.



Susah payah pujuk Google dan hantar review pada mereka. Iklan USD aku terpaksa aku buang dan aku kembali kepada Nuffnang buat sementara ini...hehehehehehe. Tak per lerr, biarlah ia bayar dalam RM dari aku melalui pengalaman pahit.

Aku ada juga Google Adsense tapi tak boleh diterima pakai di blog ini kerana domain aku. Google Adsense aku jenis hosting maka ia menerima blog yang memakai domain blogspot sahaja... 

Kesimpulannya untuk menjamin trafik yang baik , jangan memandai ambil iklan pop up, pilih pengiklan yang tak ada Malware so anda akan terselamat...hahahahaha





1 comment:

Emjay said...

Betul sangat... ada beberapa blog yang bila kita nak masuk iklan siap tutup apa yang nak kita baca. Selagi tak klik iklan tu, kita tak dibagi baca. Last-last click X kat browser... langsung kiata baca pun tidak, lain kali muncul lagi terus cabut. Saya dah cek malware.. OK lah tak da apa yang serious. TK for sharing the malware info. Pasal pop up ni memang setuju sangat, tapi mungkin itu cara nak dapat duit iklan cara pantas.

Meh ler... jalan-jalan kat laman rumah saya tang tak seberapa: http://emjay-freedom.blogspot.com/