Debaran UPSR 2015 Telah Tamat - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Debaran UPSR 2015 Telah Tamat

Debaran UPSR 2015 Telah Tamat
Akhirnya debaran UPSR 2015 telah tamat. Lega rasanya sebab tiada apa-apa dugaan untuk anak aku sepanjang peperiksaan besar dia.

Yang paling peting,tiada soala bocor tahun in seperti tahun lepas . Kalau tak mahu menangis aku. Baru aku sedar perasaaan ibubapa melihat anak mereka terpaksa mengulang peperiksaan.


Aku harapkan yang terbaik untuk anak aku dan sebagai bapa memang kita mahukan keputusan yang terbaik.

Aku dah janji kalau dia score aku belikan handphone sebiji walaupun dalam hati aku memang tak suka. Aku rasa dalam usia muda berikan handphone boleh membawa pelbagai masalah .

Tetapi aku harus menerima realiti bahawa anak zaman moden ini kalau kita nak sekat pun tak boleh. So aku dah beli awal-wal handphone dan tunggu keputusan keluar..hehehehehehe.


Kalau baik dan mencapai target yang dia nak, aku kasi hari tu juga. Tapi kalau tak sampai target, aku simpan dulu dan bila dia masuk Tingkatan satu baru kasi. Kalau kasi awal-awal nanti dia ingat, keputusan yang tak baik pun dia akan dapat handphone...hehehehehe.

Tapi yang penting sekarang, biar dia rehat. Tengok DVD puas-puas dan main game.

Debaran UPSR 2015 Telah Tamat


No comments: