Ikan Pelik Ditangkap Di Jepun

Ikan Pelik Ditangkap Di Jepun

Seorang nelayan di sini terkejut apabila menangkap seekor ikan besar yang mempunyai bentuk pelik dan jarang ditemui.

Bentuk muka ikan tersebut seperti seekor haiwan purba dengan mulut ternganga selain mempunyai kepala yang sangat besar.

Ikan gergasi itu dipercayai daripada spesies ikan duri yang ditangkap berdekatan pulau Hokkaido di utara Jepun dan berhampiran perairan Rusia.

Nelayan tersebut, Hirasaka Hiroshi telah memuat naik gambar ikan pelik berukuran 2 meter tersebut melalui akaun Twitternya baru-baru ini.

“Sangat berbaloi terbang ke Hokkaido dua kali dalam masa sebulan. Ia sangat menakjubkan,” tulis Hiroshi dalam kapsyen gambar ikan tersebut.

Ikan duri atau wolffish itu yang kebiasaannya hidup di Laut Pasifik dan Atlantik, sukar ditemui kerana habitatnya yang hidup di laut dalam.

Ikan Pelik Ditangkap Di Jepun

Ikan Pelik Ditangkap Di Jepun


Tags:

Share:

0 comments