Permohonan Ke Tingkatan Satu

Permohonan ke Tingkatan Satu

Salam satu blogger. UPSR kini telah berakhir dan tiba masa ibu bapa menguruskan sekolah menengah anak mereka pula..

Seperti biasa kena daftar dalam talian semua sekolah yang kita berkenan dalam portal setempat yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Memang plan dari awal nak hantar anak aku ke Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah kerana keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dia ekselen...hehehehehe.

Setiap ibu bapa seperti aku pernah katakan berkali-kali mesti hendak yang terbaik untuk anak mereka. Tempatkan mereka di sekolah terbaik agar mereka peroleh ilmu dan menjadi insan yang berjaya.

Tapi hati aku berbelah bagi... kalaulah dia dapat masuk sekolah berasrama maka jaranglah aku dapat jumpa anak aku. Dah biasa tengok dia tiap-tiap minggu, pehhh...tetiba tak der pula. Masak kepala aku.


Kalau aku nak tengok DVD, dah ada orang pasangkan. Kalau nak hantar pinggan lepas aku makan, dah orang tersedia untuk menghantarnya. Kalau nak marah , dah ada orang tersedia dimarah...hehehehehe

Paling sedih tinggal adik dia sorang-sorang. Tak ada orang nak dia bergaduh...

Ini menunjukkan anak kita semakin besar dan kita semakin tua. Anak-anak dah mula melangkah ke alam remaja dan bukannya anak kecil kita. Tapi untuk aku semua anak aku tetap aku anggap anak kecil walau pun mereka dah dewasa.

Klik sini jika mahu pergi laman web SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN

Share:

0 comments