Permohonan MRSM Tingkatan Satu 2016 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Permohonan MRSM Tingkatan Satu 2016

Permohonan MRSM Tingkatan Satu 2016

Baik aku publish artikel ini dahulu kepada semua pelajar tahun enam yang mengambil UPSR. Untuk anak-anak yang berjaya mendapat 5A dan harapan aku kalau anak aku dapat 5A..hehehehehe.
Barulah aku memohon. Tak salah kalau bersiap sedia kan...hahahahha.

Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya akan menerbitkan grafik iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2016 untuk pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Untuk makluman, pemohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dan akan dibuka setelah keputusan UPSR 2015 diumumkan secara rasmi.

Prosedur untuk membuat permohonan dan syarat pemilihan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA tahun 2016

PROSEDUR UMUM PERMOHONAN
Pemohon perlu mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2015 diumumkan secara rasmi

JANGAN LUPA bawa salinan Mykid dan salinan keputusan UPSR 2015 yang disahkan benar semasa mendapatkan kata laluan.

SYARAT UMUM KELAYAKAN BAGI PELAJAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015

Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada satu tarikh yang akan diberitahu nanti

Setelah mendapat kata laluan yang dikehendaki, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online

Klik Sistem Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2016

MAKLUMAT SISTEM PENDIDIKAN MRSM 2016


No comments: