Pizza Hut AEON Melaka Servis Lembab

Pizza Hut AEON Melaka Lembab

Pada tarikh 30/8/2015 sekitar pukul 4.00pm, setelah kami anak beranak menonton wayang kami pergi ke Pizza Hut di dalam bangunan AEON Jaya Jusco Melaka.

Kami pesan World Hunger pakej untuk 4 orang yang bernilai RM69 yang terdiri dari 2 pizza medium, sup mushroom, roti, aiskrim dan satu lagu bende aku pun tak tahu...hehehhee.
Total dengan penambahan kerak  dan cheese serta GST kami kena bayar RM98.20.

Okey ler tu, sesekali makan kat luar dengan anak-anak kan? Pada mulanya sebaik sahaja kami order air sampai dengan cepatnya serta resit pembayaran. Kami berfikir cekap betul Pizza Hut AEON Jaya Jusco Melaka ini. Kemudian datang pula mushroom.. Lagi kami kagum!!

Tetapi selepas itu segala-galanya menjadi kelam kabut. Pizza kami lebih setengah jam atau 1 jam baru sampai..aku tak dapat kira berapa lama kami tungggu. Selepas itu sampai pula roti...

Dah habis makan baru sampai roti.. kan biasanya roti dan mushroom sampai sekali. Kami belasah makan ajer. Sequence hantar pesanan pun dah OUT!!!!

Tetapi aiskrim pula tak sampai-sampai, lalu isteri aku panggil minah Pizza Hut  AEON Jaya Jusco Melaka mana aiskrim kami  iaitu 2 Strawberry dan 2 Vanilla.

Kelam kabut  minah-minah Pizza Hut AEON Jaya Jusco Melaka ni, dan kemudian beritahu  kalau tukar coklat boleh tak. Isteri aku mengangguk ajer,malas nak berleter.

Semasa pembayaran di Pizza Hut AEON Jaya Jusco Melaka, aku ada dengar beberapa leteran dari customer kepada cashier Pizza Hut  AEON Jaya Jusco Melaka bahawa perkhidmatan agak lembab dan sejuk makanannya. Muka toya jer cashier bernama T,,,,, itu.

Tapi kat kaunter aku lihat PC tu tulis alway smile to customer...hehehehehehe.

Sampai giliran aku bayar, kami pun komplen pada cashier T...., dia kata memang ramai customer komplain dan ada yang batalkan produk order. Lain kali mereka akan on hold supaya tak ramai yang masuk supaya boleh memberikan perkhidmatan terbaik dan cekap...

Ya ler tu....itu bukan alasan kakak oiiii. Harga makanan yang dibayar tidak setimpal dengan servis yang kami terima, Lebih baik kami makan kat kedai warung makcik sebelah rumah aku tu kalau nak servis lembab tapi bayaran dia setimpal dengan perkhidmatannya..hahahahhahaa.

Kan senang kalau anda cakap, kami minta maaf atas kelembapan kami ini.

Aku memang nak komplain Pizza Hut AEON Jaya Jusco Melaka yang servisnya memang lembab. Kami balik tadi pun dah nak dekat pukul 7.00pm...

Walau bagaimanapun Pizza memang sedap ler.... berbaloi kami tunggu sampai anak aku habis baca buku kartun Pengembaraan Mayat Hidup dia...hehehhehee.

Mungkin ini pertama kali kot mereka lembab... selalunya cepat kan, Kalau Pizza Hut buat pertandingan jika makanan kami tidak sampai pada yang ditetapkan maka makanan kami percuma. Dah lama tutup Pizza Hut AEON Jaya Jusco Melaka.

Share:

1 comments