Header Ads

Sekolah Di Melaka Tutup 15/9/2015 Kerana Jerebu

Arahan penutupan itu susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada Selasa ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam tweet terbaharunya lewat Isnin malam.

Bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan lokasi terbabit mencatatkan tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya dengan Banting kawasan yang paling teruk terjejas dengan bacaan IPU 207.

MAKLUMAT TERKINI; YBDS @MahdzirKhalid sebentar tadi telah mengarahkan semua sekolah2 d NegeriSelangor, WP & Putrajaya, NS & Melaka ditutup.

No comments