15 Oktober Tol Naik -Terima Kasih Kerajaan

15 Oktober Tol Naik -Terima Kasih Kerajaan

TERIMA kasih kerajaan," itu antara respons seorang pelayar laman sosial Facebook selepas kadar bayaran tol di beberapa lebuhraya diumum akan dinaikkan mulai Khamis ini.

Seorang pelayar lain pula menyifatkan ia sebagai satu peluang yang baik untuk rakyat 'bersedekah' kepada kerajaan.

"Aku memang suka tol naik. Nak sedekah banyak-banyak kat kerajaan," kata Haris berjenaka.

Tinjauan Sinar Online di laman sosial mendapati majoriti netizen tidak berpuas hati selepas berita kenaikan kadar tol dilaporkan hari ini.

"GST, tol, denda IC hilang RM1,000, nanti tambang pengangkutan awam, tahun depan elektrik pula. Harga rumah yang tak masuk akal, harga kereta yang tak turun seperti dijanjikan," luah Kamal di Facebook.

"Tiada usaha untuk meringankan beban rakyat langsung. Semua berita yang menambahkan lagi beban rakyat," kata Shahril di laman sosial sama.

Di laman mikro Twitter, majoriti pelayar juga meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap berita tersebut.

"Nampaknya kos perjalanan pergi balik aku dari rumah ke UIA akan bertambah lagi seringgit sebab tol Duke naik," kata St-Pierre.

"Harga tol naik lagi, darah aku pun dah naik jugak ni," kata Ain.

Seorang pengguna twitter, Rosniza mengutarakan persoalan yang menarik.

"Tol naik harga ni dapat kurangkan (trafik) jamm ke?" tulisnya.

Mulai 15 Oktober ini, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan.

Menurut Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini.


Bagi pengendali Lebuh Raya SILK yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen and RM2.40.

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol pula mengumumkan kenaikkan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Kadar tol di terowong SMART juga naik kepada RM3.

Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Turut menaikkan kadar tol adalah syarikat konsesi New Pantai Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Kadar berkenaan naik antara 40 sen hingga RM2.10.

Share:

1 comments