3 Pelancong China Mati Kemalangan Bas Dan Lori - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

3 Pelancong China Mati Kemalangan Bas Dan Lori

Batu Pahat:Tiga pelancong China maut, manakala 14 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas dan lori di Kilometer 94.1 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang tadi, 24 penumpang sebuah lagi bas terselamat, manakala pemandu lori terbabit cedera.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.26 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Katanya, pihaknya membantu mengeluarkan mayat mangsa dan penumpang yang cedera dalam kejadian berkenaan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer dan semua pengguna dilencongkan keluar melalui persimpangan Yong Peng Utara.

No comments: