Header Ads

Asas Fotografer DLSR

Asas Fotografer DLSR
Ramai bertanya pada saya dan yang telah membeli kamera DLSR tidak tahu menggunakannya. Banyak kali saya memberitahu selalu "try and error" pada kamera DLSR dan baca manual yang diberikan.

Memahami manual bukan untuk memahami tekniknya tetapi memahami fungsi kamera DLSR anda. Dimanakah butang ISO, Aperture, Fokus, Shutter Speed, compensition dan pelbagai lagi. Bagaimana nak pakai kamera jika tidak memahami butang kawalannya.

Setiap kamera, butang kawalannya berbeza-beza mengikut pengeluar dan jenis kamera tersebut. Anda mesti memahami kamera anda dahulu sebelum 'try and error".

Kedua teknik asas kamera DLSR semuanya berkisar tentang pencahayaan. Bila bercerita tentang teknik asas bagaimana kita nak mengawal cahaya.

Jika kurang memahami teknik asas pencahayaan, gambar yang diambil terlalu terang atau terlalu gelap dan tak sharp. Teknik pencahayaan kamera DLSR ini kita panggil "Triangle Exposure".

Triangle Exposure ini terdiri dari ISO, Aperture dan Shutter Speed. Saya ada membuat artikel yang lengkap tentang perkara ini. Klik Disini

Mula-mula apabila anda dah memahami butang kawalan dan fungsi asas Triangle Exposure ini. Jangan terburu-buru untuk membuat gambar yang cantik.

Praktis mengambil gambar dengan tujuan mendapat gambar yang jelas. Pedulikan tentang undang-undang third frame atau apa-apa pun. Klik dan bermain dengan setiap fungsi butang ISO, Aperture dan Shutter Speed satu persatu hingga anda berpuas hati dengan hasil kecerahan gambar anda.

Sebagai contoh jika aperture anda 5.6 dan ISO 100. Kekalkan dengan bacaan tersebut, anda hanya mengawal Shutter Speed sahaja. Turun dan naikkan Shutter Speed hingga anda mendapat Shutter Speed terbaik iaitu gambar yang cantik!!

Sama juga teknik pembelajaran seterusnya, kekalkan Shutter Speed dalam 400 dan aperture 5.6. Kawal ISO dengan  urutan naik dan turun hingga anda mendapat gambar yang anda amat puas hati.

Melalui pembelajaran berterusan ini, maka anda akan memahami bagaimana hendak manipulasi ketiga-tiga Triangle Exposure.

Saya tidak menafikan ia mengambil masa yang lama tetapi jika anda memahami ketiga-tiga ini teknik-teknik seperti depth of field, pinning, long exposure, short exposure, hikarimoji dan sebagainya hanya di hujung jari.

Dan selepas itu persoalan baru timbul dikepala, kenapa gambar objek yang aku ambil sama dengan fotografer lain tetapi gambar aku tak lawa. Ini kita panggil bakat atau angle gambar kita tak cantik. Isu ini agak panjang nanti boleh cerita.

Selain itu fungsi lensa juga mainkan peranan yang penting dan serta kepakaran edit gambar di PC...hahahaha.




No comments