Bangun Awal Kalau Tak Nak Bayar Tol

Bulan lalu menyaksikan kadar tol untuk beberapa lebuhraya dinaikkan dan rakyat terpaksa menerimanya dengan hati terbuka walaupun ianya tidak dijangka.

Semalam, kadar tambang bagi pengangkutan awam seperti LRT dan KTM juga dikhabarkan mengalami kenaikan.

Terbaru, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat perlu bangun awal pagi jika tidak mahu tol. Serius lah? Menteri?


Rakyat kena bangun awal?

Memetik laporan Free Malaysia Today, rakyat disaran supaya merancang perjalanan dengan bangun lebih awal untuk ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol susulan pengenalan kadar baharu tol yang berkuatkuasa bulan lalu.

Beliau juga mencadangkan rakyat memilih jalan alternatif yang sememangnya disediakan oleh kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak daripada membayar tol.

Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol. Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.

Kadang-kadang sedih lak aku lihat menteri Malaysia ini yang cakap bukan-bukan.

Integriti sebagai pemimpin politik ialah menjaga kebajikan rakyat tapi bila mengarut mula ler kita nak mencarut.

Malas aku nak layan..sekarang awak ada power boleh ler cakap macam-macam. Kita hanya golongan marhaen ini tukang dengar ler...ahaks.


Rokok Naik Harga Pada 4 November 2015

Share:

0 comments