Crew B FE2 AuoSunpower Team Building 2015

Crew B FE2  AuoSunpower Team Building 2015

Selesai sudah Team Building Crew B FE2 Manufacturing AuoSunpower Melaka melawat ke Legoland. Syukur alhamdulillah segala berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..

Cuma masalah bas datang lewat, janji pukul 5.40 tapi datang pukul 7.00am. Memang aku cukup panik dan masa aku call pula tak der coverage tokey bus tu. Memang kelam kabut aku dibuatnya dan nasib baik dapat call. Memang aku tak akan ambil lagi perkhidmatan bus budak ini memang menyusahkan aku jer.

Crew B FE2  AuoSunpower Team Building 2015
Gerak dari AuoSunpower  dan tiba di Legoland pukul 10.30am dan kami terus ke pintu  masuk Legoland. Sebelum tu kami sempat bergambar  beramai-ramai dengan banner kami yang digunakan selama 5 minit sahaja...hehehehehe.

Sampai disana , hujan mula turun dengan lebatnya tapi sekali lagi syukur alhamdulillah hujan cepat berhenti dan diganti dengan panas yang terik. Memang cukup besar Legoland ini ler, nasib baik kami ambil Theme Park sahaja. Kalau ambil kedua-dua sekali iaitu Theme Park dan Water Park memang tak habis jalan ..

Semua peserta Crew B FE2 Manufacturing AuoSunpower Melaka memang cukup seronok tapi semua muka keletihan yang amat sangat. Melayan panas terik serta bersenam sekeliling Legoland Theme park..hehehehe.


Anak dan isteri aku pun happy sangat dan sepanjang tour Legoland Theme Park kami masuk semua tempat ada aircond. Sejuk sikit... 3 roller coaster anak lelaki aku telah tawan dengan selambanya..

Kami berkumpul semula di pintu masuk Legoland pukul 5.30pm. Belum cukup puas lagi rasanya jalan-jalan di Theme Park. Destinasi seterusnya ialah Air Hitam , biasalah untuk awek-awek Crew B FE2 Manufacturing AuoSunpower Melaka beli patung dan kerepek.

Tiba ke kilang pada pukul 11.30pm. Dan selesailah aktiviti kami . Syukur semuanya permudahkan.amin

Crew B FE2  AuoSunpower Team Building 2015


Crew B FE2  AuoSunpower Team Building 2015

Crew B FE2  AuoSunpower Team Building 2015

Share:

0 comments