Paris Di Serang Kerana Hina Islam?

Niat menghalalkan cara. Itulah penyataan oleh IS yang mengebom beberapa kawasan di Paris hingga menyebabkan kehilangan nyawa orang awam.

Adakah wajar kita membenarkan membunuh orang awam seperti mereka membunuh dan mengebom anak-anak islam di Asia Barat.

Jika itu penyataannya....IS jangan gunakan nama Islam. Dan aku berharap janganlah ada umat islam yang menyokong perbuatan bodoh ini..........atas nama islam.

Perancis menjadi sasaran serangan militan IS ekoran berlaku tentangan terhadap Islam di negara itu selain susulan serangan udara Perancis terhadap wilayah IS.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh militan IS terhadap serangan di enam lokasi berbeza di Paris.

“Serangan ini dibuat kerana penghinaan yang sering dibuat ke atas Nabi Muhammad.  “Perancis merupakan sasaran utama kami,” petik kata kenyataan yang dikeluarkan dalam bahasa Perancis itu, lapor Express.co.uk.

Menurut kenyataan itu, IS melaporkan pihaknya telah mengkaji lokasi-lokasi serangan dan ia dilaksanakan oleh para pejuangnya menggunakan mesingan dan juga tali pinggang dengan bahan letupan.

“Para pejuang kami memang sudah menyasarkan ‘kota yang penuh kekejian dan penyelewengan’ ini. “Serangan tersebut hanyalah ‘ribut yang baru bermula’,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu militan IS turut dikesan menyambut serangan tersebut dengan berkongsi hashtag ‘parisisburning’. Mereka turut menamakan kota London, Rome and Washington DC sebagai sasaran serangan akan datang.

Share:

0 comments