Solat Hajat Di Tepi Lebuhraya Mengarut

Kadang-kadang bila manusia ini rasa ilmu agama terlebih di dada mula ler buat yang bukan-bukan.

Dibawah ada berita sebuah sekolah agama buat solat hajat tepi jalan LPT2..kikikiki.

Adakah lebih afdal untuk tepung tawar LPT2 agar lebih selamat wajib sembahyang hahat disana dari dimasjid yang berlambak kosong.

Adakah tindakan sebegini tidak akan memberi pandangan salah kepada pelajar yang mentah melihat keletah ustaz mereka yang beria-ria mahu sembahyang tepi jalan.

Malu lak aku tengok gelagat orang berilmu ini....Jom baca berita di bawah.

Tindakan sebuah sekolah agama mengadakan solat hajat dan bacaan yassin di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), pada Ahad lalu, disifatkan sebagai tidak sesuai dan membahayakan.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin yang dipetik akhbar The Star sebagai berkata, tindakan itu adalah sesuatu yang mulia, iaitu mendoakan keselamatan pengguna jalan raya, namun ia membahayakan murid-murid dan pengguna lebuh raya itu.

“Solat hajat yang dilakukan berserta bacaan yassin untuk keselamatan pengguna lebuh raya di LPT2 adalah satu perbuatan mulia, namun mesti dilakukan di tempat-tempat sesuai, bukan di tepi lebuh raya yang membahayakan nyawa,” katanya kepada akhbar itu.

Gambar yang menunjukkan sekumpulan murid duduk di tepi lebuh raya, dengan sebuah bas tertera nama Sekolah Menengah Agama Khariah Kuala Terengganu, mendapat perhatian pengguna Facebook.


Tags:

Share:

0 comments