Header Ads

Tahniah Hanis UPSR 3A 2B 2015

Tahniah Hanis UPSR 3A 2B 2015
Menangis Tak dapat Score 5A
Tahniah buat anak aku Hanis Bin Hanif yang telah memperolehi kejayaan yang memberansangkan dalam peperiksaan UPSR ini dengan perolehi 3A 2B.

Satu kejayaan terbesar dan terbaik dari Hanis kepada mama dan abah.

Ya, terdapat rakan-rakan Hanis yang memperolehi 5A namun jangan jadikan ia sebagai satu yang mematahkan semangat malah jadikan ia sebagai penguat semangat.

Abah..ok jer apa keputusan Hanis. Segala keputusan yang kita perolehi ada sebabnya.

Lesson learn dari ini Hanis kena berhenti sejenak dan berfikir kenapa tak dapat 5A. Mungkin usaha yang kurang, mungkin terburu-buru semasa menjawab peperiksaan atau terlalu yakin.

Hanya Hanis yang tahu jawapannya. Jadikan ia sebagai pemboleh ubah dalam mengubah sistem pembelajaran Hanis pada masa hadapan.

Jangan sedih yek. Ada rakan-rakan yang mendapat lagi teruk dari Hanis. Abah bersyukur Hanis berjaya peroleh kejayaan dengan 3A 2B.....tak der C....hehehehehe.

Sebenarnya abah lega sebab Hanis dapat 3A 2B sebab abah tak mahu Hanis le asrama.. Baik sekolah kat sini dan ulang alik...hehehehe.

Hanis tingkatan lima baru masuk asrama yek...

I still love and proud to you...

2 comments

puanbee said...

bagusnya abah .. tahniah hanis ... ok la tu ..

monaz7177 said...

Tahniah...sama mcm anak sy jgk...dpt 3a2b jugak tp syukurlah...