7 Hari Berkabung Seluruh Johor


Tempoh berkabung telah di tetapkan selama tujuh hari bagi rakyat Johor bermula dari tarikh kemangkatan baginda.

Penutupan pusat-pusat hiburan dan penganguhan majlis-majlis berbentuk hiburan di Johor pada hari kemangkatan dan hari pemakaman baginda.

Rakyat Melayu, Islam hendaklah memakai kain putih selilit 2 inci pada songkok dan bagi yang bukan beragama Islam, mereka hendaklah memakai selilit kain hitam selebar 7.62 cm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Bagi perempuan Islam pula, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan bukan Islam, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

Lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai.
Di Johor Bahru...

7-9am: Jenazah akan di mandikan dan di kapankan di istana besar.
9-11am: utk org awam
11-1230: vip, raja2
1.00: solat zohor n jenazah
1.15pm: diusung ke makam.
1.45pm: istiadat pemakaman di mahmodiah.
Pakaian baju melayu putih. Sampin hitam. Berkabung 3 hari awam; kerabat 7hari.

Al-fatihah...

Share:

0 comments