Bonus Hujung Tahun 2015 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Bonus Hujung Tahun 2015

Bonus Hujung Tahun 2015
Hujung tahun ini selain menanti tahun baru dan tidak dilupakan Sambutan Maulidur Rasul ialah bonus keluar!!
Orang gomen dan swasta akan dapat bonus masing-masing sebagai duit kopi atas penat lelah bekerja selama 1 tahun.

Dengan duit bonus serta cuti panjang Maulidur Rasul dan Krismas, kesempatan ini akan diambil oleh rakyat Malaysia untuk bercuti bersama keluarga. Aku dah bersiap sedia di Melaka, untuk menghadapi rusuhan cuti di Melaka..hehehehe.

Bonus Hujung Tahun 2015
Selain itu duit bonus ini akan digunakan untuk membeli peralatan sekolah anak-anak yang bersekolah awal Januari 2016 . Lepas lelah budget untuk sekolah anak-anak...hehehehe.

Manakala yang bujang, duit terlebih ini akan diguna membeli gadget kegemaran mereka. Manakala yang pandangan jauh akan menyimpan untuk kahwin nanti...hehehehe.

Walau apa pun teima kasih pada pihak syarikat atau kerajaan yang memberi imbuhan kepada kita.

Perlu diingatkan bukan hak kita untuk mengadu bonus yang kita dapat sedikit, kerana pemberian bonus oleh pihak syarikat adalah bergantung pada mereka. Ianya bukan sesuatu yang wajib.

Sesiapa yang mendapat ranking tertinggi dengan imbuhan bonus lebih dari rakan-rakannya, tahniah saya ucapkan kerana ia adalah hasil usaha anda.

Terus berusaha untuk maintain ranking tertinggi pada tahun hadapan dan yang kurang ranking ini, usaha lebih kuat!!!



No comments: