Header Ads

DOLBY ATMOS kini di GSC CINEMA MELAKA


Plan nak melihat filem Star War esok dan semasa aku sedang memilih secara online aku melihat ada 2 opsyen untuk filem ini. Yang pertama dalam bentuk 3D,ini aku faham ler. Dan yang kedua ia tulis ATMOS, alamak apabende ini.

So aku buat research dan mendapati ia merupakan penambaikan system bunyik..fulamak!!!
Jom baca di bawah ini.

Aku akan buat review tentang DOLBY ATMOS ini nanti setelah menonton filem Star War: The Force Awaken.

Sistem bunyi adalah satu titik kritikal dalam penghasilan filem. Jika dilihat pada sistem bunyi yang lama, ia memerlukan dua kabel berasingan untuk menyalurkan data, berbanding satu kabel sahaja untuk video.

Sistem bunyi telah berevolusi dari sistem stereo kiri dan kanan, kepada pelbagai jenis format dengan tetapan pembesar suara di depan, belakang dan disertakan woofer yang fokus kepada penghasilan bunyi bass yang dalam.

Dolby, salah satu syarikat terkemuka teknologi bunyi, sebelum ini telah menghasilkan pelbagai format bunyi seperti Dolby Digital, Dolby Surround dan terkini, mereka memperkenalkan sistem bunyi keliling yang dipanggil Dolby Atmos.

Jika format pembesar suara 2.1 menghasilkan bunyi kiri dan kanan berbeza, dan format 5.1 menambah bunyi depan dan belakang yang berlainan, Dolby Atmos membawa pendengar ke satu tahap lebih tinggi, dengan memperkenalkan teknologi bunyi di atas kepala.

Ini menambah satu lagi format pembesar suara, menjadi seperti 5.1.2 ataupun 7.1.4, bergantung kepada sistem pembesar suara.Tetapi untuk pengalaman Dolby Atmos terhebat, anda perlu mengalaminya sendiri di dalam panggung wayang.

Di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) telah melengkapkan beberapa dewan tayangannya dengan kelengkapan bunyi Dolby Atmos.

Sehingga 64 pembesar suara dipasang di dalam dewan untuk penghasilan bunyi yang boleh anda rasai.

Bunyi yang dihasilkan tidak lagi terhad di kiri dan kanan, atau depan dan belakang, tetapi ia boleh berada di mana-mana sudut dengan tepat, termasuk di atas kepala anda.
Diharapkan, perbezaan ini nanti akan dapat memberi kepuasan kepada kita nanti.

Updated Pada 22.12.2015
Semalam pertama kali menonton Dolby Atmos memang awesome. Sebelum tayangan filem bermula, GSC ada tunjukkan iklan Dolbay Atmos dan kualiti bunyi Dolby Atmos ini dan memang ia mempunyai kelainan. Bunyi datang dari atas dan belakang memang terbaik.

Tapi untuk filem Star War The Force Awakens ini aku tak dapat merasakan 100% kekuatan Dolby Atmos ini tetapi secar am ianya lebih baik dari kualiti bunyi pangging yang lain.


No comments