Header Ads

G25: Hukuman Khalwat Harus Dihapuskan.


Satu lagi isu, orang islam yang menghancurkan agama sendiri.. Pening melihat telatah orang bijak pandai yang memandai-mandai membuat penyataan tanpa rujuk Al Quran dan hadis.

Rasanya kalau khalwat ini dihapuskan. Maka isteri boleh membawa lelaki lain pulang ke rumah tanpa segan dan sebaliknya.

Si dara dan teruna kini boleh tinggal sebumbung tanpa risau ditangkap. Hebat!!!

Jawatankuasa rundingan khas akan ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan undang-undang syariah negara ini yang dilihat jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata kumpulan bekas penjawat awam G25.

Jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, jawatankuasa tersebut berperanan untuk membuat sebarang perbincangan termasuklah meminda atau memansuhkan undang-undang syariah yang melanggari privasi individu, termasuklah perbuatan membabitkan hukuman khalwat.

"Anda tidak boleh menceroboh privasi seseorang," katanya dipetik portal The Star Online hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan undang-undang syariah negara ini tidak seiring dengan prinsip privasi individu tertentu apabila kesalahan peribadi kini dianggap sebagai kesalahan jenayah.

Beliau menegaskan, perbuatan khalwat di tempat peribadi merupakan kesalahan membabitkan pelaku dengan Tuhan melainkan kegiatan itu dilakukan di tempat awam.

"Perbuatan ini bertentangan dengan Islam. Anda tentunya tidak boleh mengetuk pintu seseorang pada pukul 3 pagi dan masuk ke dalam bilik mereka dan menangkap mereka," ujarnya.

Pada masa sama, G25 akan mendapatkan kerjasama dan rundingan membabitkan penglibatan beberapa NGO bagi membincangkan perkara itu dengan lebih menyeluruh.

1 comment

jambu batu said...

macam-macam dunia skang ni..