Hari Kedua Di Langkawi- Hati Panas - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hari Kedua Di Langkawi- Hati Panas

Hari Kedua Di Langkawi- Hati Panas
Hari ini bermulalah aktiviti ronda-ronda di Langkawi. Tempat pertama kami pergi ialah di Kilim Geopark. Tempat naik bot dan tengok burung helang.

Memang best tempat tu..budak-budak happy bila bot tu cilok. Dan paling happy untuk aku ialah dapat ambil gambar helang.

Tapi salah aku ialah Shutter Speed aku sangat slow. Lupa lak aku nak naikkan.
Tu gambau ada blur sikit...aaahhhhhh!!!
Tapi tak per..boleh edit nanti...

Selepas tu segala-galanya langsung tak best. Pergi ke minyak gamat dan kemudian ke Padang Matsirat...
Hari Kedua Di Langkawi- Hati Panas

Jadual pergi cable car...tak jadi. Hanya lepak jer. Buat apa pergi kalau lepak jer.

Then kata nak pergi ke Waterworld pun tak jadi. Atas alasan mahal bebenor...

Ok ler..aku masih boleh tahan lagi. Then plan nak pergi Rumah Mahsuri pun musnah.

Si drebar yg kurang pandai ni tanya, nak pergi ke tak? Memanglah makcik tua-tua kat sana tak mahu pergi.
Hari Kedua Di Langkawi- Hati Panas

So tukar plan pergi Andaman Suri dan Kompleks Haji Ismail.

Hati aku dah panas mendidih. Lalu aku sound kepala rombongan, baik jangan kasi plan kalau semua tempat tak pergi.

Sebagai kepala rombongan adalah pantang kau tanya peserta untuk buat pilihan. Tak adil. Ikut ajer plan!!!!

Tak mahu pergi duduk dalam bas. Sebab masa bayaran dibuat kita semua dah lihat jadual sebab itu kita bayar.!!!!

Pergi ke Haji Ismail kasi satu jam pula. Terkial-kial rebut beli coklat. Tapi no hal, we follow kepala kau...

Aku dah beratus kali buat rombongan, pertama kali jumpa kepala macam ni. Dengar cakap drebar...hihihihihi.

Hari ini memang suwey, pergi tempat bodoh. Memang kasar bahasa ni sebab hati panas

Tadi pun aku sound, jadual kat Cameron Highland pastikan ikut. Jangan nak tanya-tanya, kang tak pasal-pasal pergi beli sayur ajer..

Tadi pun ada menyindir aku, puihhh...lantak kau ler.. Aku bayar dan aku tak minta lebih-lebih hanya minta ikut jadual.

Hari Pertama Di Langkawi

Hari Ketiga -Dari Langkawi Ke Cameron Highland




No comments: