Header Ads

Hari Terakhir Rombongan Langkawi/Cameron Highland

Hari Terakhir Rombongan Langkawi/Cameron Highland
Hari ini hari terakhir percutian keluarga aku mengikut rombongan mengarut...hihihihi.

Bangun pagi-pagi standby depan bas pukul 6.40am. Sebab itu arahan tok kepala dan drebar tapi dia orang datang pukul 7.00am.. Lawak di pagi hari.


Mengengkek aku dan warga emas tarik bag hingga ke bas. Hilang nafas sekejap, memang jauh betul bas dia parking.

Aku pun hairan, kenapa tok kepala tidak mengarah drebar bawa bas awal ke apartment warga emas supaya tak sesak nafas nak tarik beg. Tetapi dibiarkan,drebar bas orang paling lewat bangun...ahaks.

Pedulikan itu semua. Setelah semua siap sedia. Tempat pertama pergi petik strawberry kemudian Bee Farm.


Dan paling best ke Boh Plantation dapat lihat keindahan Ladang Boh dan tempat Ombak Rindu...hihihihi.

Selepas ke sana, kami ke Rose Valley. Dapat ler ambil bunga-bunga kat sana. Kemudian ke Kea Farm membeli belah disana.


Akhir sekali ke Cactus House dan kemudian dalam pukul 2.00pm bas menuju ke Tanah Rata dan terus.....terus....terus...balik...hihihihi.
Hari Terakhir Rombongan Langkawi/Cameron Highland

Jalan meninggalkan Bhatar Tea dan Lata Kijang sambil terkulat-kulat pandang oleh kami semua tanpa .

Sampai ke Kawasan Rehat Tapah, pukul 3.00pm suruh kami makan dan sembahyang 1 jam..

Aku dan keluarga aku bantai 1 jam setengah sebab mana sempat dengan Kawasan Rehat Tapah under condtruction dengan ramai orang.


Kami makan kenyang-kenyang takut hal semalam seharian tak makan.

Dan dalam pukul 4.30pm bergerak pulang dari Tapah ke Melaka. Tiba di Melaka pada pukul 10.00pm, suka ler hati drebar bas tu sebab jadual puul 2.00am tapi dia dapat balik awal...hehehehe

Hari Terakhir Rombongan Langkawi/Cameron Highland

No comments