Kaki Wayang: Star War The Force Awakens

Star War The Force Awakens

Hari ini kaki wayang menonton filem Star War The Force Awakens iaitu flem wajib tengok untuk memastikan kesinambungan Star War terus hidup..Ceh!!!!

Rating filem Star War The Force Awakens ini aku kasi 4.8/5 sebab pertama ialah semua pelakon asal ada dalam filem ini...hahahaha. Permulaan sebuah filem yang mempunyai episod terutama permulaan episod mestilah slow sikit. Yalah episod pengenalan.

Cerita Star War The Force Awakens kali in tentang generasi terbaru dari episod Star War terdahulu. Setelah kematian Darth Vader, piha penentang masih lagi berperang dengan musuh Jedi tetapi mereka kini bukan dipanggil Empayar tetapi  dipanggil "First Order".

Dalam cerita ini ianya berkisar mencari dimana Luke Skywalker menyembuyikan diri setelah gagal mendidik anak saudaranya menjadi Jedi.

Peperangan masih sama lagi tetapi isi pentingnya ialah anak Hans Solo telah menjadi Darth Kylo Ren mengikut kuasa hitam. Dan paling tragis dalam episod ini Han Solo telah dibunuh oleh anaknya sendiri!!!

Star War The Force Awakens ini tidak mempunyai banyak aksi yang melampau tetapi kita masih boleh lagi teruja, apatah lagi filem ini ditonton dipanggung wayang menggunakan Dolby Atmos

Filem Star War The Force Awakens  banyak memberi memori lama kepada kita tentang Star War.
Kesimpulannya, filem ini mempunyai kekuatan dalam kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah dan rakan.

Star War The Force Awakens






Share:

0 comments