Keriangan Sony Xperia Z2


Apabila tangan ini memegang smartphone full spesifikasi memang terasa lainnya.

Inilah yang berlaku apabila rakan aku jual Sony Xperia Z2 yang baru beliau gunakan tak sampai setahun.

Dengan kekuatan 2GB Ram ianya sesuatu yang menakjubkan. Laju lain macam jerr..heheheh.

Ditambah kamera 20MP menjadi kegilaan isteriku. Sony Xperia Z2 sudah cukup memberi keriangan pada aku.

Teringat zaman memakai Note Samsung sama perasaannya apabila aku memegang Sony Xperia Z2.


Kami ubahsuai Xperia Z2 dengan membeli cover aluminium agar tampak lebih kemas.

Sekarang cuba mempelajari fungsi Sony Xperia Z2 ini sebab aku adalah pengguna tegar Samsung. Kurang faham isi kandungan aplikasi Sony ini..

Tapi tak banyak beza, yang beza dari segi term jer. Sebagai contoh di Samsung, kawasan letak gambar dipanggil Gallery tapi Sony panggil Album.

Yang pasti aku puas hati dapat pakai Sony Xperia Z2 ini.

Share:

0 comments