Makan Di Row-Six Aeon Jayajusco Melaka - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Makan Di Row-Six Aeon Jayajusco Melaka

Makan Di Row-Six Aeon Jayajusco Melaka


Semalam sebelum tengok wayang Star War The Force Awakens  kami suami isteri maka dulu. Isteri yang belanja sebab dapat bonus lerrr...hehehe.

Kami makan sebuah restoran bernama Row-Six yang menjamu makanan Malaysia, Thailand, Singapore, Indonesia, Vietnam and Philippines. Yang penting makanan mereka semua halal!!

Pelbagai makanan yang ada disana, aku dan wife mencuba makanan Nasi Ketuk dengan rendang ayam. Mula makana asampai, aku tengok seceput ajer nasi yang di hidangkan. Dalam kepala aku mana cukup!!

Tapi malangnya sekeliling nasi itu penuh dengan lauk-pauk dan ayam rendang yang besar serta satu biji telur mata kerbau. Belum lagi ulam-ulam serta keropok yang disajikan.

Serius selepas makan, perut aku kenyang betul. Isteri aku makan pun tak habis.

Makan Di Row-Six Aeon Jayajusco Melaka
Inilah rupa Nasi Ketuk Rendang Ayam

Makanan tambahan pula sampai iaitu satay ayam yang aku order...hehehehe. Perut dah kenyang ini tapi telan juga tapi mampu telan 2 batang sahaja. Sebab satay dia besar-besar. Kuah Satay dia pun memang sedap sangat!!

Makan Di Row-Six Aeon Jayajusco Melaka
Rupa Satay Row-Six yang menyelerakan.

Minuman pula kami ambil Lychee branch, a lychee drink with lemon and sour plum. Memang terbaik juga. Sepatutnya kami order satu sahaja sebab gelas dia besau sangat.
Makan Di Row-Six Aeon Jayajusco Melaka
Lupa ambil gambar,, ihsan halalfoodtaster

Kesimpulan yang dapat aku katakan makan di Row-Six Aeon Jayajusco Melaka memang mengenyangkan. Tak rugi kalau makan disana, cuma makanan dia mahal ler sikit. Aku makan 2 Nasi Ketuk Rendang Ayam, Satay ayam dan 2 air, kena caj RM82.00. Termasuk caj GST dan Caj Perkhidmatan dengan total 16%.

Peminat makanan mugkin tak kisah janji makanan yanga disajikan sedap!! Lupa lak, aia ada kasi WiFi percuma jugak.




1 comment:

nila anggraini said...

Macam best je makan kat sana. Nampak menu menyelerakan.