Home » » Mark Zuckerberg Umum Derma 99% Harta

Mark Zuckerberg Umum Derma 99% Harta

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Wednesday, December 2, 2015

 Mark Zuckerberg Umum Derma 99% Harta
Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa beliau kini seorang bapa dan berjanji akan mendermakan hampir keseluruhan kekayaannya bagi menjadikan dunia ini 'tempat yang lebih baik' buat anak perempuannya, Maxima dan kanak-kanak lain.

Dalam sepucuk surat kepada Maxima yang disiarkan di Facebook, Zuckerberg dan isteri, Priscilla Chan berkata, mereka akan mendermakan 99 peratus saham Facebook dengan anggaran nilai AS$45 bilion (RM189 bilion) ketika hayat mereka sebagai usaha untuk mewujudkan dunia yang bahagia dan sihat.

"Max, kami menyayangi kamu dan berasa bertanggungjawab untuk mewariskan dunia yang lebih baik kepada kamu dan semua kanak-kanak. Kami berharap hidup kamu akan dipenuhi rasa kasih, harapan dan kegembiraan seperti yang kamu berikan kepada kami," menurut surat itu.

Zurkerberg akan menghadiahkan hampir keseluruhan sahamnya dalam Facebook atau hasil jualan bersih saham tersebut untunk tujuan meneruskan misi memperkasa potensi manusia dan menggalakkan kesaksamaan melalui aktiviti yang memanfaatkan masyarakat.

 Mark Zuckerberg Umum Derma 99% Harta

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers