Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua


Shah Alam: Siti Nordiana diumumkan juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim kedua (GV2) yang diadakan secara langsung di sini, malam tadi.

Penyanyi berusia 31 tahun yang juga dikenali sebagai Nana, menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Achong dan Haiza sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000, kontrak menghasilkan satu single baru terbitan Astro dan pakej percutian ke Madrid, Sepanyol, bernilai RM30,000.

Penyanyi itu memberikan persembahan mantap membawakan lagu Putus Terpaksa dan Awak Kat Mana berduet dengan Achong.

Tempat kedua dimenangi Farahdhiya yang menerima wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga, Ezad (RM30,000).

Nassier Wahab pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai RM15,000 dan tempat kelima dimenangi Achong, membawa pulang RM10,000.

Berada di kedudukan terakhir, Haiza dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Persembahan terbaik pilihan penonton juga dimenangi Siti Nordiana yang dipilih menerusi undian SMS penonton dan dia menerima wang tunai RM5,000.

Kesemua peserta turut menerima trofi dan pakej percutian.

Hadiah disampaikan pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh Datuk Seri Dr Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Saluran Astro Ria Raqim Ahmad Ramli.9

Sepanjang lapan minggu Gegar Vaganza bersiaran, enam penyanyi lain yang turut terbabit ialah Azian Mazwan Sapuan, Zul Handy Black, Sheeda, Ezlynn, Amir Ukays dan Nizam Laksamana.

Juri tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta dua juri jemputan iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

Para peserta diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri dan program itu dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

posted from Bloggeroid

Share:

0 comments