Amran Tompel Terlantar Sakit - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Amran Tompel Terlantar Sakit


Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad (Zack KOOL) sudah melawat Amran ketika dia dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban baru-baru ini dan ada menghulurkan bantuan.

“Saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain dan mewakilkan dia menziarahi Amran bagi pihak kami,” kata Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berhubung kenyataan pelakon Amran Tompel, 65, yang terkilan kerana tidak dilawati mana-mana persatuan artis selepas terlantar akibat angin ahmar sejak Disember tahun lalu.

Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramli mendakwa nasibnya tidak mendapat perhatian mana-mana persatuan artis.

Dia kini tidak mampu untuk bekerja dan hilang punca pendapatan akibat penyakit itu dan kini hanya duduk di rumahnya di Taman Matahari Height, Senawang, Negeri Sembilan.

Rozaidi berkata, anak Amran ada menghubungi Seniman memberitahu keadaan kesihatan bapanya yang ketika itu dirawat di hospital.

“Seniman tidak menunggu lama kerana terus menghantar wakil untuk melawat. Bantuan yang diberikan bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi," katanya.

No comments: