Gempak: Nur Amirah Athirah Tidak Diculik


Kecoh satu Malaysia kononnya budak remaja diculik dan sempat menelefon adiknya rupanya melarikan diri dengan teman lelakinya.

Aku awal-awal dah buruk sangka sebab berdasar artikel terdahulu, Nur Amirah Athirah Abdul Majid ini lari rumah dan kecik-kecik dah ada boyfriend. Aku dah cop ini adalah pelajar bermasalah.

Rupanya betul....hehehehehe. Tengok muka pun muka tak bersalah.. Biarlah cerita ini berlalu jer, buang masa layan budak-budak macam ini.

Tahniah pasukan polis kita begitu cekap dan pantas selesaikan masalah ini. Tapi tu lerrrr....buang masa dan tenaga mereka.

Misteri kehilangan seorang gadis bernama Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, yang menjadi viral di laman sosial di mana beliau menghubungi keluarganya mendakwa dia telah diculik ketika keluar dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman nampaknya sudah terjawab.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis dilaporkan telah menemui beliau selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

“Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.

“Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu Abdul Samah berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik namun pihaknya akan membuka kertas siasatan baru berhubung penemuan berkenaan.

Kes berkenaan menjadi viral selepas kakak angkat mangsa dikatakan telah merakam perbualan telefon antaranya dan Amirah dimana berdasarkan percakapan Amirah dia kononnya berada dalam keadaan cemas memaklumkan telah diculik di kawasan rumahnya oleh dua orang lelaki dengan menggunakan van putih.

Perbualan antara mangsa bersama kakak angkatnya yang berdurasi 3 minit 43 saat itu tersebar secara meluas di laman sosial.

Berita ini juga disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitternya.

Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kes gadis berusia 14 tahun, Nur Amirah Atirah, yang didakwa diculik di Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman mikro Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.

“Gadis Nur Amirah Atirah yang konon diculik telah ditemui selamat. PDRM akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Elaklah spekulasi,” tulisnya lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, gadis berusia 14 tahun yang didakwa hilang di kawasan Klang Utara telah selamat ditemui.

“Gadis Nur Amira Atirah yang konon diculik telah ditemui selamat. @PDRMsia akan keluarkan kenyataan dlm masa terdekat. Elakkan lah spekulasi,” katanya menerusi twitternya pada Jumaat.

Sementara itu, satu laporan polis terkini menyatakan Amirah sengaja mengada-adakan kejadian penculikan dengan membuat panggilan dia diculik kepada ibunya.

Dia dikesan bersama seorang lelaki Cina, Gan Chin Teck, 19 tahun iaitu teman lelakinya yang dikenali sejak seminggu selain seorang lagi kanak-kanak berusia 6 tahun di hadapan pam petrol Petronas Kanchong Darat Banting.

“Selepas keluar dari rumah, Amira tinggal bersama bapa angkat yang bernama Nizam di Sungai Emas. Tujuan mangsa buat demikian kerana mahu bebas,” petik kata butiran laporan polis.

Share:

0 comments