Impak Syarikat Kosmetik Taja Bolasepak - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Impak Syarikat Kosmetik Taja Bolasepak


Sekarang ni kecoh giler Dr. Vida menaja pasukan bolasepak Kelantan yang harus memenuhi 32 syarat permintaannya.

Disebabkan tiada pilihan mahu tak mahu kena ikut juga ler sebab KAFA bukan ada wang pun nak menaikkan taraf pasukan mereka.

Dan terkini pula aku dengar Terlajak Laris nak taja Kedah. Kali ini kita lihat lak syarat yang akan dikenakan jika Kedah setuju.

Namun disebalik penajaan syarikat yang memberi nafas baru kepada bolasepak Malaysia ianya juga seolah-olah cerita kartun.

Red Warrior kini aku panggil Pink Warrior jer. Nama gah Warrior tapi pinky kaler. Tapi apa nak buat, untuk survival bolasepak Kelantan..

Kadangkala aku tertanya kenapa semua Persatuan Bolasepak Malaysia tak der duit. Sebagai contoh Kelantan sebań£ai satu gergasi bolasepak yang stadiumnya sentiasa penuh pun tercungap-cungap masalah wang.

Apatah lagi kalau Kelab Melaka yang tak menang apa-apa, lagi parah poket mereka.

Sepatutnya kalau kau juara bolasepak macam Kelantan sepatutnya duit berkepuk kat bank.

FAM kena check ler kenapa persatuan bolasepak Malaysia ni miskin. Mengharapkan tajaan dan bantuan kerajaan negeri semata-mata pun pening kepala gak.

Kau juara sana sini, tapi duit kat poket kosong. Harap sorak jer tapi tin kosong.

Baik jangan main bolasepak ler dari tergadai kejantanan kau pakai baju pink dan paling best abang sado pink warrior cucuk pipi beramai-ramai...

Fikir-fikir lerr.

No comments: