Header Ads

Inilah Kehidupan


Sekerap yang comel kemarin RM1.80 sekilo. Sekerap huduh RM1.65-RM1.70 sekilo. Kedua-duanya adalah ketul-ketul sekerap, dari pokok getah, dikutip dari dalam pot di perdu pokok, berbau busuk macam sekerap minggu sudah jugak.

Bila diperhati kepada longgokan sekerap yang sudah naik atas lori, beza harga ini kerana kandungan bahan, lembik keras, warna dan rupa sahaja. Sekerap bulat-bulat, putih gebu dan bersih lebih mahal. Yang hitam, nipis-nipis, berongga, banyak campuran kulit pokok (bahan) lebih murah.

Bab ini kena serah kepada penilaian tokey sekerap. Tak ada istilah-istilah teknikal industri getah bila tokey sekerap bagi harga, orang motong yang matanya tajam memerhati jarum begedik-gedik menunjukkan angka dalam bulatan penimbang redha dan terima. 80 kilo sekerap dapatlah RM144. Bahagi dua dengan tuan kebun buleh sorang RM72.

Di pasar malam yang bermula petang lepas asar, orang motong membelek ikan temenung, selayang, caru dan mambu. Temenung lemak saiz besar RM16 sekilo-sekati RM10. Temenung saiz kecik, nipih-nipih, putih pucat sekilo RM8, sekati RM5. Jenahaq dan nyoknyok potong siap RM12 sepinggan. Ambik temenung pucat la RM8 dapat banyak ekoq.

Ayam sekoq RM12. Pi tengok sayoq. Kacang lendiaq dua cekak, peria sebiji, sawi seberkas, campur dua tiga bijik tomato, mee kuning sebungkuih, cabai melaka dan limau nipis 3 biji, habis RM12.

Anak pesan nak makan ayam goreng, beli lah cenonggeng ayam 4 cucuk- 4 ringgit, ada dua ketoi bederet di lidi. Nampak besaq sebab depa goreng sekali dengan kulit. Nak tala balik nampak teloq ayam, ambik sepapan RM10.

Selesailah RM46 di pasar malam. Buleh makan 5 beranak untuk 2-3 hari. Baki RM26 beda anak-anak pi sekolah, sesi pagi dan petang (kafa) sorang RM4, dua orang RM8. Buleh lah tahan 3 hari. Belen tinggai RM2 untuk kutip sekerap pulak 3 hari lagi, tu pun kalau tak hujan, bulehlah motong....kalu ujan?

Nak sip tang mana lagi nak boh minyak mutu, nak taruh bayaq api ayaq, nak beli kasut sukan anak dok asrama dok merungut dah, belanja bulan-bulan, tambang balik, duit makan.... haaahhhhh... buleh ghiau dalam perut sorang-sorang. Lain-lain tu serah bulat-bulat pada Allah yang maha kaya.

Muhammad Sanusi
Kg Sungai Pau Sik Kedah

No comments