Istanbul Di Bom Tahun 2016 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Istanbul Di Bom Tahun 2016



Hari ini Jakarta diletupkan dan 2 hari lepas Istanbul diletupkan.

Hawau betul IS ini, gerakan sesat yang memburukkan nama islam dan menyuburkan islamfobia diseluruh dunia.

Takkan bila bom ajer, keluar gambar save Istanbul....save France..dan macam-mcam lagi.

Kalau Iraq kita boleh bersatu musnahkan dalam Perang Teluk. Tiba masanya musnahkan IS yang bertapak di Syria...

Satu letupan menggegarkan pusat bersejarah Sultanahmet, yang menjadi destinasi popular pelancong di Istanbul hari ini.

Media tempatan melaporkan, letupan yang meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan menyebabkan lebih 15 orang cedera itu berlaku berhampiran sebuah taman warisan purba Greek yang menempatkan tugu Obelisk.

Media turut melaporkan beberapa anggota polis dan anggota perubatan berbegas ke tempat kejadian.

Polis mengepung kawasan berkenaan bagi mencegah orang ramai memasuki kawasan itu berikutan kemungkinan berlaku letupan kedua.

Sultanahmet adalah destinasi utama pelancong melawat Istanbul dan kawasan berkenaan merangkumi Istana Topkapi dan Masjid Biru.

Tahun lalu, Turki dikejutkan dengan dua serangsn. Lebih 30 orang maut dalam serangan militan Daish di bandar Suruc, berdekatan sempadan Turki-Syria pada Julai tahun lalu.

Dua serangan bom berani mati pada Oktober lalu pula berlaku di stesen kereta api di pinggir Ankara, ketika orang ramai menyertai satu perhimpunan. Dalam kejadian itu, seramai 103 orang maut.

Pihak berkuasa Turki sebelum ini telah menahan beberapa militan Daish yang dikatakan merancang untuk menyerang Istanbul.

Puak pemisah Kurdi, Freedom Falcons of Kurdistan (TAK) mendakwa serangan mortar ke atas lapangan terbang antarabangsa kedua Istanbul pada 23 Disember lalu telah membunuh seorang tukang cuci dan merosakkan beberapa buah kapal terbang.

No comments: