Mukhriz Di Halau Dari Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO

Kasihan lak tengok nasib si Mukhriz ni. Kena taji cukup-cukup dengan UMNO yang menyokong Najib.

Dah ler nasib sebagai Menteri Besar Kedah terawang-awang dan kini kena halau lak pula dari mesyuarat.

Mukhriz secara terang-terangan mahu di bunuh oleh ahli UMNO sendiri.

Kadang-kadang bila pikirkan, itulah politik. Kalau kail panjang sejangkal jangan diuji lautan ganas.

So Mukhriz ini ialah kail panjang sejengkal ler...hehehehehe.

Tapi aku tak peduli ler..lantak kau ler. Buat apa kita nak bermatian pertahankan mereka semua ini.

Kalau jatuh pun, duit kat poket tetap lebat. Kau dapat apa.......

So kita lihat sahaja politik Malaysia ini..
Inilah Art Of Survival. Siapa pandai taichi dia menang...



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa beliau diarah meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini. Beliau yang tiba pada jam 3.05 petang, dilihat meninggalkan perkarangan Menara Dato Onn di sini pada jam 3.56 petang.

Ketika ditemui beliau berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata: "Kepada sesiapa yang tidak dijemput diminta beredar." "Tetapi kenyataan itu ditujukan kepada saya," dakwa Mukhriz.

Mukhriz berkata, arahan itu dikeluarkan kepadanya selepas berada dalam mesyuarat itu kira-kira 10 minit.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri.

Share:

0 comments