Orientasi Hanis Tingkatan Satu - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Orientasi Hanis Tingkatan Satu


Pada 31/12/2015 adalah hari orientasi anak aku di Sekolah Seri Mahkota Merlimau Melaka.

Pertama kali menjejak kaki sebagai pelajar sekolah menengah sudah tentu debaran dan cabaran untuk Hanis pada masa-masa mendatang..

Mencabar ilmu yang lebih sukar dan perjalanan mematangkan diri semuanya bermula di sekolah menengah.

Itulah yang aku risau. Setiap ayah sentiasa menganggap anak mereka tetap anak kecil walau mereka semakin dewasa dan matang.

Pelbagai persoalan bermain di minda, takut jika anak aku terjebak dalam persekitaran yang salah hingga menghanyutkannya.

Dunia sekolah menengah memang cukup mencabar apatah lagi ketika pelajar-pelajar ini meningkat dewasa menjadi remaja yang bermain dengan peningkatan hormon.

Kita semua dah lalui zaman ini dan memang menakutkan melihat anak kita akan melalui zaman ini..

Jika aku kuasa melihat 24 jam anak aku alangkah mudahnya tapi ianya mustahilkan..

Aku berdoa agar anak aku terus belajar dan belajar dan menjadi anak yang baik..hehehe.

Yang penting semuanya terletak dari beliau Hanis sendiri. Kau yang akan membentuk masa depan kau sendiri.

Abah dan semua ahli keluarga yang lain akan tetap menjalankan tanggungjawab kami mendidik Hanis..

Hemmmm....anak aku dah remaja..alahai risaunya abah k au ini.

No comments: