Pemenang AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Pemenang AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016


Anugerah Juara Lagu menjadi perhatian peminat hiburan tanahair berikutan anugerah ini bakal menobatkan karya muzik terbaik sebagai Juara Lagu selain persembahan mantap daripada para finalis AJL30

Keputusan Pemenang AJL 30 Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah keputusan senarai pemenang bagi AJL 2016 yang akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman keputusan.

✓Juara AJL 30 Akim & The Majistret (Potret) RM50,000
✓Naib Juara Faizal Tahir (Assalamualaikum) RM35,000
✓Tempat Ketiga Caliph Buskers (Hanya Namamu) RM20,000
✓Vokal terbaik Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah) RM12,000 ✓Persembahan Terbaik Akim & The Majistret (Potret) RM12,000

Selain hadiah berupa wang tunai, kesemua pemenang turut menerima sebuah trofi

Kesemua persembahan 12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-30 telah dinilai oleh 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Manan Ngah, Sharon Paul, Cat Farish, Joe Flizzow, Ad Samad, LY, Edrie Hashim dan ketua juri Azmeer.

Pemenang Anugerah Qu Puteh Diva pula ialah Datuk Siti Nurhaliza Anugerah Qu Puteh Diva adalah sebuah anugerah yang diperkenalkan pada AJL30 bagi menghargai dan meraikan juara-juara AJL sepanjang 30 tahun ia diadakan.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian tertinggi oleh peminat dan undian tersebut dibuka menerusi laman web rasmi Anugerah Juara Lagu ke-30

Pautan :mysumber

No comments: