Terima Kasih SAMB (Syarikat Air Melaka Berhad)

Terima Kasih SAMB (Syarikat Air Melaka Berhad)

Tempoh hari aku ada membuat artikel serta aduan kepada pihak SAMB ( Syarikat Air Melaka Berhad) salah satu anak syarikat negeri Melaka yang memberiiperkhidmatan terburuk membaiki paip air rumah mak aku.


Mahu tak mahu terpaksa aku lanjutkan masalah ini kepada pihak-pihak tertentu serta meluahkan ketidakpuasan hati aku melalui blog ni setelah 3 kali buat tapi hasilnya mengecewakan.

Syukur alhamdulillah keeesokannya mereka membaiki paip rumah mak aku dan setelah beberapa datang akhirnya ama memuaskan hati.

Namun aku berharap kejadian ini jangan berlaku lagi dan melalui pemantauan rapat oleh pihak SAMB terhadap pekerja di bawah kelolaannya akan memberi hasil yang lebih baik.


Terima kasih kepada pihak management SAMB dan kerajaan negeri Melaka telah berusaha mengambil berat  akan pengguna dan rakyat negeri Melaka khususnya.

Malahan pihak management SAMB telah menghantar sepucuk surat kepada aku sebagai tanda terima kasih. Malu lak aku ...hehehehehe.


Terima Kasih SAMB (Syarikat Air Melaka Berhad)


Terima Kasih SAMB (Syarikat Air Melaka Berhad)


Share:

0 comments